salam to all.
hari ini,aku nak kongsi sesuatu.semua tahu kan,musim pilihan raya kampus dah pun berakhir.keputusan PRK pun dah tersebar luas.di USIM,tahniah lah diucapkan kepada Ibrahim,Izzati,Izzat dan lain2 lah.aku tak berapa nak ingat sangat mereka2 yang lain tu.sorry sangat2.apa-apa pun,di sebalik PRK yang sangatlah kontroversi nih,aku harapkan,segala amanah yang diberi,segala janji manis yang ditaburi,tunaikanlah dengan sebaiknya.BIAR PECAH GELAS,JANGAN PECAH AMANAH okey.
nak dijadikan cerita yang aku nak kongsi,rupanya,ada lagi satu pilhan raya kat USIM.pertama kali dalam sejarah lah katanya.pemilihan untuk SYariah Law CLub (SLC).SLC ni,satu kelab yang peranannya lebih kurang macam MPP jugak.cuma skopnya lebih kecil iaitu dalam lingkungan Fakulti Syariah Undang-undang.
selalunya,pemilihan dibuat dalam Annual General Meeting (AGM).cam pilih ketua kelas lah dulu2.A mencadang,B menyokong dan C-Z mengundi secara “angkat tangan”.satu kaedah yang sangat efisyen dan cepat.
tpi sekarang,telah diubah style pemilihan dari “angkat tangan” kepada “persis pilihan raya”.bermula dari pemilihan calon,penamaan calon sampailah ke hari pengundian.Rabu ni lah hari pengundian.jadi kepada pelajar FSU,silalah mengundi ye.
apa yang aku nak sangat cerita ni,aku terlibat sama dalam pemilihan kali ni.sebagai apa?sudah tentu bukan AJK.apatah lagi AJK MAKANAN.
aku jadi calon kot.terpampang luas poster (atau lebih tepat,potongan kertas A4) gambar muka aku.ish3.aku calon NO.8.bertanding untuk kerusi majlis tertinggi.(hui.macam dahsyat kan bunyiknye).nak upload gambar,takdelah pulak aku snap tadi.takpe.maybe later k.secara kesulurahn,ada 27 calon yang akan bertanding.10 untuk majlis tertinggi dan selebihnya untuk exco.ni semua untuk merealisasikan “a new SLC”.(tang mana yang nak jadi “new” tu,aku pun konfius).
sebenarnya,saja je aku mendaftarkan diri untuk bertanding kali ni.yelah,nak bertanding MPP hari tu,dengan sengaja aku melepaskan peluang.tak layak rasanya untuk kerusi MPP.maybe SLC is a kickstart kot.i’allah.(huhu.berlagak2).
“saya bertanding bukan untuk nama.saya bertanding bukan untuk glamour.saya bertanding untuk anda.hasrat saya untuk menolong.hasrat saya untuk membantu.andai diri ini diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab ni,akan ku pikul dengan sepenuh rela.seluruh tenaga.undilah saya kerana saya mampu menggoncang dunia.undilah saya tuan-tuan.undilah saya.saya jamin,sapa sokong saya,masuk syurga tuan-tuan”
ok3.fullstop2.what the?the last sentence is wrong man.totally,undoubtly wrong man.nak berkempen pun beragaklah.
ish3.bila ditawarkan kuasa dan glamour,kadang-kadang dosa pahala pun dah tak kenal.dok main dalam kepala hotak,macam mana nak kekal glamour.manusia2.ooppss.bertazkirah pulak dah.okey.fullstop.
kalaulah aku menang dalam pemilihan kali ni,andailah aku terpilih untuk jawatan2 yang tersedia,aku harap,aku diberikan kekuatan untuk menggalasnya.yelah.cakap senanglah kan.bab bercakap,semua orang boleh buat.tapi bab bekerja,aku tak yakin sangatlah semua boleh.dan sebab nilah,banyak pemimpin yang korup.dan akhirnya,nerakalah wei tempat kita.YA ALLAH.LINDUNGILAH KAMI DARI AZAB NERAKA.
penyudahnya,mari kita sama-sama nantikan kesudahannya k.
*berdebar-debar lah pulak.YA ALLAH.BANTULAH AKU DALAM MENJAUHKAN DIRI DARI RIAK,PECAH AMANAH DAN SIFAT TAkABBUR.
No comments:
Post a Comment