Monday, February 28, 2011

pemilihan SLC

salam to all.

hari ini,aku nak kongsi sesuatu.semua tahu kan,musim pilihan raya kampus dah pun berakhir.keputusan PRK pun dah tersebar luas.di USIM,tahniah lah diucapkan kepada Ibrahim,Izzati,Izzat dan lain2 lah.aku tak berapa nak ingat sangat mereka2 yang lain tu.sorry sangat2.apa-apa pun,di sebalik PRK yang sangatlah kontroversi nih,aku harapkan,segala amanah yang diberi,segala janji manis yang ditaburi,tunaikanlah dengan sebaiknya.BIAR PECAH GELAS,JANGAN PECAH AMANAH okey.

nak dijadikan cerita yang aku nak kongsi,rupanya,ada lagi satu pilhan raya kat USIM.pertama kali dalam sejarah lah katanya.pemilihan untuk SYariah Law CLub (SLC).SLC ni,satu kelab yang peranannya lebih kurang macam MPP jugak.cuma skopnya lebih kecil iaitu dalam lingkungan Fakulti Syariah Undang-undang.

selalunya,pemilihan dibuat dalam Annual General Meeting (AGM).cam pilih ketua kelas lah dulu2.A mencadang,B menyokong dan C-Z mengundi secara “angkat tangan”.satu kaedah yang sangat efisyen dan cepat.

tpi sekarang,telah diubah style pemilihan dari “angkat tangan” kepada “persis pilihan raya”.bermula dari pemilihan calon,penamaan calon sampailah ke hari pengundian.Rabu ni lah hari pengundian.jadi kepada pelajar FSU,silalah mengundi ye.

apa yang aku nak sangat cerita ni,aku terlibat sama dalam pemilihan kali ni.sebagai apa?sudah tentu bukan AJK.apatah lagi AJK MAKANAN.

aku jadi calon kot.terpampang luas poster (atau lebih tepat,potongan kertas A4) gambar muka aku.ish3.aku calon NO.8.bertanding untuk kerusi majlis tertinggi.(hui.macam dahsyat kan bunyiknye).nak upload gambar,takdelah pulak aku snap tadi.takpe.maybe later k.secara kesulurahn,ada 27 calon yang akan bertanding.10 untuk majlis tertinggi dan selebihnya untuk exco.ni semua untuk merealisasikan “a new SLC”.(tang mana yang nak jadi “new” tu,aku pun konfius).

sebenarnya,saja je aku mendaftarkan diri untuk bertanding kali ni.yelah,nak bertanding MPP hari tu,dengan sengaja aku melepaskan peluang.tak layak rasanya untuk kerusi MPP.maybe SLC is a kickstart kot.i’allah.(huhu.berlagak2).

saya bertanding bukan untuk nama.saya bertanding bukan untuk glamour.saya bertanding untuk anda.hasrat saya untuk menolong.hasrat saya untuk membantu.andai diri ini diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab ni,akan ku pikul dengan sepenuh rela.seluruh tenaga.undilah saya kerana saya mampu menggoncang dunia.undilah saya tuan-tuan.undilah saya.saya jamin,sapa sokong saya,masuk syurga tuan-tuan”

ok3.fullstop2.what the?the last sentence is wrong man.totally,undoubtly wrong man.nak berkempen pun beragaklah.

ish3.bila ditawarkan kuasa dan glamour,kadang-kadang dosa pahala pun dah tak kenal.dok main dalam kepala hotak,macam mana nak kekal glamour.manusia2.ooppss.bertazkirah pulak dah.okey.fullstop.

kalaulah aku menang dalam pemilihan kali ni,andailah aku terpilih untuk jawatan2 yang tersedia,aku harap,aku diberikan kekuatan untuk menggalasnya.yelah.cakap senanglah kan.bab bercakap,semua orang boleh buat.tapi bab bekerja,aku tak yakin sangatlah semua boleh.dan sebab nilah,banyak pemimpin yang korup.dan akhirnya,nerakalah wei tempat kita.YA ALLAH.LINDUNGILAH KAMI DARI AZAB NERAKA.

penyudahnya,mari kita sama-sama nantikan kesudahannya k.

*berdebar-debar lah pulak.YA ALLAH.BANTULAH AKU DALAM MENJAUHKAN DIRI DARI RIAK,PECAH AMANAH DAN SIFAT TAkABBUR.

Wednesday, February 9, 2011

Kiriman Pantas #2

hi there

hui.kopektaugeh agak kecapekan (orang Melayu kata: kepenatan).baru pulang dari suatu tempat yang agak jauh.eh,jauh sangat ke.tak lah berapa jauh sangat.exactly not the Kingdom of Far Far Away.haha.thanks for bro Z n sis N for lending me a car.hehe.May Allah bless u both.

ok2.hari ni jugak,kopektaugeh telah ditugaskan untuk membuat something yang kopektaugeh sendiri tak berapa reti nak buat.A WEBSITE for our project.what??? A WEBSITE??? (cool2.tenang2.rilek2.tak membawa maut pun kan.)the idea is to make a database-concept website.aiming to replace MyLMS.haha.i’allah..

masalahnya,kopektaugeh tak berapa nak reti wat mende alah ni.tapi rasanya,it is not that hard kan.boleh je lah.redah jeerrr.haha.so far,tengah dalam process brainstorming and developing ideas.

dan kopektaugeh sendiri pun tengah dok pening godek2 internet.”how to make a website?”.dan terjumpalah beberapa website dan e-book.boleh lah kot.hehe.doa2 lah menjadi.

ok lah.tu je nak tulis.pen off~

p/s:kalau ada sesape yang come across my blog and read this,if you have anything to help me in my website project,do enlighten me how ok.hehe.thanks from kopektaugeh.

Tuesday, February 8, 2011

kiriman pantas#1

hello there.

kopektaugeh in the house!!! hahaha.

ok2.straight to the point.this is a “KIRIMAN PANTAS'” or a quick post (i am not quite sure bout the term but WHO CARES!!).and the post is short and simple.tepat dan padat lah lebih kurang ye.

i came across a video on YOUTUBE and find it very interesting.would like to keep it in this “online-storage” i.e. blog kopektaugeh ni lah.for those who interested,please enjoy and gain something beneficial from it okeyh.

it is about benefit of waking up early and performing solat fajar.

p/s:ingatan untuk kopektaugeh ni.very the “mencucuk-cucuk dan merobek-robek my heart”.astaghfirullah.

Friday, February 4, 2011

isu MESIR

salam.

semua orang tahu tentang apa yang terjadi kat Mesir sekarang ni.tiap kali berita tak kira lah TV3 ke,Bernama ke,Astro Awani ke,Berita Harian, Metro Kosmo dan sebagainya,mesti pasal Mesir dilambung ombak manusia menentang kepimpinan  Hosni Mubarak.

krisis_mesir1

dan umum mengetahui,kerajaan Malaysia sedang bertungkus lumus menjalankan proses evacuation rakyat dari Mesir ke Jeddah menggunakan pesawat TUDM,MAS dan AirAsia.dan ada jugak yang dibawa pulang ke Malaysia kalau tak silap lah.boleh rujuk akhbar ye.

kopektaugeh berdoa agar segala urusan dipermudahkan.dan moga takde lah benda-benda yang tak diingini berlaku.ramai jugak kawan kopektaugeh yang ada kat sana.setakat nie,semua tengah menunggu lah giliran untuk dibawa pulang ke Malaysia.segala puji bagi ALLAH yang memudahkan urusan.

kepada mereka,bersabar lah.ini semua dugaan.yang untungnya,bila dah besar,dah berkeluarga,beranak-pinak,bercucu-cicit,boleh cerita balik.”Atuk lu masa belajar,ado lah sokali nie,kono balik Meleshia balik.sal koadaan tak solamat.orang putih kobar,not conducive and life threatening (tersembur mouth water cakap omputih).”

HAHAHA.teringat kat AMIN.apalah khabar kamu disana?

yang kopektaugeh polik eh kek sini ha,ada lah jugak timbul macam-macam isu.kalau tengok Buletin Utama TV3,ada yang kata perbelanjaan proses evakuasi tu,mak bapak pelajar yang kene tanggung.ada gak yang kata,ada unsur-unsur diskriminasi kenegerian berlaku.”ekau orang mano.den nak bawak budak noghori jo ni.budak kelantan,tunggu flight sok pagi yo.”.mungkin lah sebegini situasinya.haha.

dan kalau tengok di Facebook,lagilah.mengancam.menyenakkan dada.mensesakkan nafas.pasal SI DACING bacul lah sebab nanti mereka yang dibawa balik ni akan pangkah SI BULAN dalam PRU nanti.kopektaugeh bila baca statement ni,tergolek-golek gelak dalam bilik.entah dari mana dapat berita.Melodi ke?HAHAHA.

Web

hai.entah la.kopektaugeh sebenarnya,malas nak melayan benda-benda macam nih.makin dilayan makin menggila.kalau dalam FB tu je,bersepah perdebatan tidak berasas.bincang isu Mesir,tiba-tiba nama SI DACING dan SI BULAN disebut-sebut.

cubalah kita limitkan skop politik tu.politic is not our life but only a part of it.if we let our political views dictate everything we see,it gives us nothing.it clouds our views.it widens the fight against each other.it is totally embarrassing man.

malu

EGYPT is a humanitarian issue.Malaysia is doing at its best and fullest capacity in protecting the Malaysian.this is the only issue we need to see,we need to observe.

ehm,having said that,i think it is enough and kopektaugeh is praying for the best to all Muslims and mankind as a whole.

p/s:kopektaugeh is stressing on what involves Malaysia i.e. the evacuation process.not the riot and demonstration in EGYPT.

Thursday, February 3, 2011

Apa lah yang ada dengan taugeh?

salam

May it pleases all readers.

ha,ni post pertama aku dalam my newest blog “kopek taugeh” ni.sememangnya agak pelik sikit nama blog aku nih.kenapa kopek taugeh?kenapa taugeh?apa lah yang menarik sangat dengan taugeh nih ye?

aku pun konfius gak.bukan nye ape.asalnya,nak letak nama “sejukan cecair”.yelah,bersempena nama kekasih gelap ku,cik NCL 22** yang baru diangkut 2 bulan yang lalu.entah macam mana,terpikir pulak nama yang baru nie.

nak dijadikan cerita,hari ni lah,aku tengah duk lepak-lepak seorang diri.duk termenung.tengok blog sana,blog sini,blog sana-sini.usha line untuk kembangkan bisnes.hehe.baru nak berjinak-jinak dalam bisnes ni.

ok2.tibe-tibe,mak memanggil.”keri,turun kopek taugeh!!”.dengar je perkataan “kopek taugeh”,hui terasa malasnya.terbayang di hadapan ku,satu plastik taugeh menanti untuk dikopek.mak masak mee kari hari nie.kak mus yang mintak.hehe.

takpe2.sambung cerita.aku pun turun.basuh tangan.duduk dan memulakan kopekan taugeh.

BISMILLAH…

all of sudden,i got an idea.”LIGHT BULB”.apa kata andainya,blog terbaru aku ni,aku letak nama “kopek taugeh”.huhu.cam menarik kan.entah la.aku ni bukan jenis yang suka berfalsafah sangat.tak suka sastera sangat.”kopek taugeh” cam otai je.terasa bebas pulak.haha.

jadi,aku segera menyempurnakan tugasan mengopek taugeh.terus naik ke bilik lalu menukar nama “sejukan cecair” ke “kopek taugeh”.haha.

itulah sejarah nama blog “kopek taugeh”.jangan risau.blog ni tidak akan dipenuhi dengan taugeh aja.sayuran lain tidak dilupakan.hehe

jadi,APA LAH YANG ADA DENGAN TAUGEH?

300px-Tauge

takde ape pun.tapi TAUGEH sodap dimakan.hehe.

Wednesday, February 2, 2011

thank GOD

May it please the readers.

finally, thank God I have successfully made the newest edition of my blog.on Wednesday 2nd of February 2011.
hope it worth something.

this was me.